BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 2, 2008

KESAH SERAM

AMARAN
KALAU TAKUT/LEMAH SEMANGAT JANGAN BACA

AISHAH MASIH HIDUP LAGI

Aishah (bukan nama sebenar)
adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar
tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif
terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata
hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya.
Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang
terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan.
Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah.
Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih
mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak
ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik
yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar
tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa
jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia
hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya
tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan
keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu
membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk
Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju
ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki
sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya
ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu
persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut
mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah
merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan
penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak
menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang
menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat
sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh
4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena
matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan
kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah
mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa
selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak
hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak
bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat
gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan
kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun,
celakalah mereka yang melihat gambarku!"


Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar
yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar
untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak
melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh
memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan
pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui
enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala
yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam
perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam.
kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati
lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang
menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia
merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik
sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya
hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan
Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan
semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua
gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis.
Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi
mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya
sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital
untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah
untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah
kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan
nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan
ubat penahan sakit.

[img(400,357)]file:///C:/DOCUME%7E1/OWNER/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.jpg[/img]

Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana
sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit
kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah
ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan
ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti
Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit
kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui
pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah
akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya.
Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

WALLAHHUALAM.....

Monday, December 1, 2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA…..

semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. ini cerita benar sekali…..

satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil.

tiada apa yang terjadi disana.

dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. di satu persimpangan susur keluar lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam.

mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. tapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati.

sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini.

pemandu mpv mewah itu telahpun mati terkulai dikerusi pemandu kerana kecederaan parah dikepala. mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menhimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam duapuluhan. tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain. dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih didalam kemaluan wanita itu. langsung mereka tidak dapat dipisahkan. lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala. dan sayup-sayup kedengan suaranya memanggil.. mummy….mummy….mummy……tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. mereka mesti melakukanya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

dalam kegelapan malam itu mereka mertungkus lumus membuat apa yang patut. dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. dalam hati ahli bomba itu berkata ‘ Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikal maut yang dikatakan itu”

mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memanchar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???

Selepas memeriksa dukumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………

beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain.

apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. selagi mereka melakukanya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu. apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka.

akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anaku cacat? mengapa aku, anaku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anaku dan ahli keluarga ku?

mengapa aku di tipu?, mengapa aku, anaku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah kejalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia.Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

renungkanlah…….. dan selamat beramal……..

meaning of friendship..F*** O**

A friend is a person
to laugh and cry with,
An inspiration,
Someone who lends a helping hand,
though friends may not be forever,
And they may not end up together,
the memories of a true friendship will
last forever.
A friend is not a shadow nor a servant
But someone who hold
a piece of a person in his heart.
Someone who shares a smile,
Someone who brightens up your day
What makes a person a friend?
Is by saying your Love will stay.